SMECorp Next Level CEO

Bawa Bisnes Anda Lebih Jauh dengan SMECorp

  • Perkasa kepimpinan
  • Lonjak pertumbuhan
  • Bina hala tuju perniagaan yang lebih jelas

Program SME NEXTLevel CEO 2026 merupakan inisiatif di bawah PRESTIGE 2.0 yang direka khas untuk Ketua Pengarah Eksekutif, pengarah dan pemilik PMKS yang bersedia membawa syarikat ke tahap seterusnya melalui pembelajaran strategik yang praktikal dan relevan dengan cabaran perniagaan semasa. Program ini memberi fokus kepada pengukuhan kapasiti kepimpinan dan strategi pengurusan tertinggi PKS, khususnya dalam sektor HGHV dan sektor strategik, menerusi simulasi bilik lembaga, kajian kes, bimbingan pakar industri serta pembangunan pelan pertumbuhan perniagaan yang lebih jelas, tersusun dan mampan. 

Ia bukan sekadar program latihan. Ia adalah platform pembangunan Ketua Pengarah Eksekutif yang membantu peserta menilai kedudukan semasa syarikat, mengenal pasti peluang pertumbuhan, serta membina pelan tindakan yang lebih tersusun dan mampan untuk masa hadapan.

Hasil Yang Disasarkan

Melalui penyertaan dalam program ini, peserta berpeluang memperoleh manfaat berikut:

  • Kepimpinan yang lebih mantap untuk menerajui syarikat dengan lebih strategik
  • Pelan pertumbuhan 5 tahun yang lebih jelas dan boleh dilaksanakan bagi menyokong perkembangan perniagaan
  • Keupayaan syarikat yang lebih bersedia dalam aspek tadbir urus, inovasi dan daya saing
  • Kedudukan perniagaan yang lebih kukuh untuk pertumbuhan yang mampan dan bernilai tinggi

Komponen Program

Program ini menggabungkan pembelajaran strategik, bimbingan pakar dan pendedahan industri bagi membantu CEO, pengarah dan pemilik PMKS membina keupayaan kepimpinan serta merancang pertumbuhan syarikat secara lebih menyeluruh. Antara komponen utama program adalah: 

  • 16 hari latihan eksekutif, kajian kes dan “board simulation”

  • 4 sesi bimbingan

  • Networking session bersama pakar industri

  • Pembangunan pelan pertumbuhan strategik 5 tahun

  • Bantuan Penarafan PMKS dan SCORE

    .

Siapakah yang layak menyertai?

Program ini sesuai untuk:

  • Ketua Pengarah Eksekutif
  • Pengarah syarikat
  • Pemilik perniagaan
  • Pihak pengurusan atasan yang terlibat dalam menentukan hala tuju syarikat
  • Keutamaan diberikan kepada PMKS yang beroperasi dalam sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi serta sektor strategik di bawah NIMP 2030, khususnya syarikat yang telah mencapai jualan tahunan minimum RM5 juta

Sektor Tumpuan

Syarikat penyelenggaraan pesawat (MRO), pembuatan komponen pesawat, avionik, kejuruteraan aeroangkasa, dan pembekal rantaian bekalan industri penerbangan.

Syarikat biotek berasaskan kesihatan, pertanian atau industri, pengeluar produk biobased, makmal penyelidikan, dan penyedia penyelesaian bioinovasi.

Syarikat perkhidmatan kejuruteraan, fabrikasi, penyelenggaraan teknikal, pembekal peralatan, instrumentasi, dan sokongan operasi industri O&G.

Syarikat yang terlibat dalam pembangunan advanced materials, high-performance coating, nanomaterials solutions, teknologi sensor serta aplikasi inovatif berasaskan nanoteknologi

Pengeluar peranti perubatan, consumables, produk diagnostik, komponen peralatan hospital, contract manufacturer, dan syarikat berkaitan teknologi kesihatan.

Pengeluar komponen elektronik, semikonduktor, PCB/EMS, sistem automasi, sensor, produk elektrik industri, dan peralatan elektronik.

Kimia: Syarikat bahan kimia industri, specialty chemicals, bahan pemprosesan, coating, bahan sokongan pembuatan, dan produk kimia bernilai tambah.

Industri Berteknologi Tinggi : Syarikat automasi, robotik, AI/IoT, advanced manufacturing, precision engineering, sistem digital industri, dan teknologi inovatif berimpak tinggi.

Farmaseutikal: Pengeluar produk farmaseutikal, formulasi ubat, contract manufacturing, produk sterile, penyelesaian kesihatan berasaskan sains hayat, dan syarikat berkaitan pengeluaran ubat

Prestasi Jualan Tahunan

Keutamaan diberikan kepada syarikat dengan jualan tahunan minimum RM5 juta

Pematuhan Lesen

Memiliki lesen PBT yang masih sah

Status Pendaftaran

Berdaftar di bawah akta atau badan profesional yang berkaitan (SSM)

Pegangan Ekuiti Malaysia

Sekurang-kurangnya 60% ekuiti milik warganegara Malaysia

Kelayakan Penyertaan

Syarikat yang ingin memohon perlu memenuhi kriteria asas berikut:

Tempoh Operasi Syarikat

Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun

Kelayakan Penyertaan

Syarikat yang ingin memohon perlu memenuhi kriteria asas berikut:

Prestasi Jualan Tahunan

Keutamaan diberikan kepada syarikat dengan jualan tahunan minimum RM5 juta

Pematuhan Lesen

Memiliki lesen PBT yang masih sah

Status Pendaftaran

Berdaftar di bawah akta atau badan profesional yang berkaitan (SSM)

Pegangan Ekuiti Malaysia

Sekurang-kurangnya 60% ekuiti milik warganegara Malaysia

Tempoh Operasi Syarikat

Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun
Website-NLC (1)

SME Corp Malaysia membiayai 80% yuran program bagi peserta yang layak.

Semak Kelayakan Anda

Dokumen Pendaftaran Yang Perlu Disediakan

Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut semasa proses permohonan:

  • Sijil pendaftaran perniagaan / lesen PBT
  • Struktur pegangan saham syarikat
  • Bagi syarikat Sdn. Bhd: Penyata kewangan beraudit bagi 3 tahun terkini
  • Bagi syarikat bukan Sdn. Bhd: Penyata Untung Rugi, Kunci Kira-Kira dan Penyata Aliran Tunai bagi 3 tahun terkini
  • Sijil PMKS SME Corp dan/atau sijil SCORE SME Corp yang masih sah, jika ada

Soalan-Soalan Lazim

Siapakah yang sesuai memohon??

Ketua Pengarah Eksekutif, pengarah, pemilik syarikat atau pengurusan tertinggi PMKS yang terlibat secara langsung dalam hala tuju syarikat

Berapa lama tempoh latihan program?

Program ini merangkumi 16 hari latihan dan 4 sesi bimbingan bersama Jurulatih Bertauliah